Versi 1.0 · Kemaskini Jun 2026 · Selaras Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (pindaan 2024)
Permintaan Data Peribadi
Anda berhak mengakses, membetulkan atau memadam data peribadi anda, serta menarik balik kebenaran — di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari.
Permintaan diterima
Terima kasih. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 21 hari.
Terma & Syarat
Versi 1.0 · Kemaskini Jun 2026
Dengan membuat pesanan di PixyoPrint ("kami"), anda bersetuju dengan terma & syarat berikut.
1. Perkhidmatan
Kami menyediakan servis susun layout (design) photobook & album, dan percetakan produk berkenaan. Setiap layout disusun secara manual oleh designer kami.
2. Pesanan & pembayaran
Harga adalah seperti dipaparkan di laman pada masa pesanan.
Pesanan disahkan selepas pembayaran penuh diterima.
Pembayaran diproses dengan selamat melalui gerbang pembayaran HitPay.
3. Proses & masa siap
Anda perlu menghantar gambar melalui medium yang dipilih (WhatsApp/Telegram/Google Drive) selepas membayar.
Masa siap anggaran adalah 30 hari bekerja selepas gambar lengkap diterima.
Kelewatan menghantar gambar akan melewatkan masa siap.
4. Semakan & pindaan
Setiap pesanan termasuk 1× semakan percuma. Pindaan tambahan selepas itu mungkin dikenakan caj. Sebarang pindaan besar pada susunan asal dianggap kerja baharu.
5. Penghantaran
Caj penghantaran dikira ikut berat & zon (Semenanjung / Sabah & Sarawak). Anda bertanggungjawab memastikan alamat penghantaran lengkap dan tepat. Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan akibat alamat tidak lengkap atau kesilapan pihak kurier.
6. Pembatalan & pemulangan
Pembatalan dibenarkan sebelum kerja susunan layout bermula.
Setelah kerja layout bermula, bayaran tidak boleh dikembalikan kerana ia adalah produk tersuai (custom-made).
Jika produk diterima rosak akibat kesilapan kami atau percetakan, kami akan ganti/baiki secara percuma — sila laporkan dalam 3 hari selepas terima.
7. Hak gambar & harta intelek
Anda mengesahkan anda mempunyai hak ke atas gambar yang dihantar. Gambar anda digunakan semata-mata untuk menyiapkan pesanan anda dan tidak akan disiarkan tanpa kebenaran. Reka bentuk template & susunan kekal hak milik PixyoPrint.
8. Had liabiliti
Liabiliti kami terhad kepada nilai pesanan anda. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung. Kualiti cetakan bergantung pada kualiti/resolusi gambar yang anda hantar.
9. Privasi
Pengendalian data peribadi anda tertakluk kepada Notis Privasi kami.
10. Hubungi
📧 photobookpixyo@gmail.com 💬 WhatsApp: melalui pautan "Hubungi Kami"
Bantuan PixyoPrint
Biasanya balas dalam 1 jam
×
Hai! 👋 Pilih soalan di bawah, atau chat terus dengan kami.